Thursday 29 November 2012

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA!!!


Baucer Buku : Kalau sebelum ini pada Bajet 2013, kerajaan telah memberikan kepada pelajar IPT dan pelajar pra-universiti baucer buku 1 Malaysia sebanyak RM200. Mungkin Datuk Najib Razak merasakan tidak cukup. Oleh itu pemberian baucar buku tersebut ditambahbaik. Adakah anda juga bakal penerimanya?

Pemberian Baucer Buku RM250 1 Malaysia – Bajet 2013

Baucer 1 Malaysia RM250 Baucer Buku RM250 1 Malaysia : Khas Untuk Pelajar IPT & Pra Universiti !!
  • Nama Bantuan : Baucer Buku 1 Malaysia
  • Golongan Penerima : Setiap pelajar IPT dan pra-universiti (1.3 juta pelajar di seluruh negara)
  • Nilai Baucer Buku : RM250
  • Peruntukkan : RM325 juta
Oleh yang demikian, adalah wajar pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menghadkan pemberian baucer buku ini hanya kepada pelajar di IPTA sahaja.
Semua golongan pelajar di peringkat tinggi seperti di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ( IPTA), pelajar Pra-Universiti ; Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi berhak mendapatkan BB1M ini kerana tiadanya diskriminasi kerajaan terhadap pelajar. Pelajar adalah penting bagi memajukan masa depan negara agar terus berkembang dan utuh dengan adanya bakal-bakal pemimpin yang berwibawa dan kelahiran pekerja pakar yang bakal dilahirkan kelak daripada institusi pendidikan ini.


Bahkan, pelajar yang menjalani proses pembelajaran secara jarak jauh (PJJ) dan separuh masa juga berhak mendapatkan baucer buku ini walaupun mereka sudah bekerja dan mempunyai pendapatan. Hal ini kerana, kerajaan tidak mahu rakyatnya terutamanya para pelajar terasa terbeban dengan kos pendidikan yang tinggi terutamanya untuk membeli buku rujukan yang melambung harganya di pasaran.

Kita sedia maklum akan kos yang perlu ditanggung oleh ibubapa untuk melanjutkan pembelajaran anak-anak adalah sangat tinggi. Bebanan kos sara hidup di kampus termasuk yuran pengajian semester, kos pembelian buku dan alatan pembelajaran adalah sangat tinggi disamping kos-kos lain yang perlu dijelaskan setiap semester.
Dengan adanya BB1M ini, pelajar berpeluang untuk mendapatkan buku rujukan dan bahan ilmiah lain dengan percuma melalui penebusan BB1M tersebut. Bayangkan pelajar seperti saya yang melanjutkan pelajaran secara Pembelajaran Jarak Jauh ini juga kadang kalanya tidak mampu untuk membeli buku rujukan memandangkan harganya mahal di pasaran walaupun sudah mempunyai pendapatan sendiri. Kadangkala terpaksa membuat jituan perbelanjaan bulanan untuk membeli buku rujukan bagi sesuatu matapelajaran sepanjang semester tersebut. Maka dengan adanya pemberian seperti ini adalah sebagai satu bonus bagi saya dalam membantu kepada pembelian buku-buku ilmiah tersebut.

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang sering menggunakan masa terluangnya dengan membaca dan mencari seberapa banyak ilmu bagi membantunya dalam proses pembelajaran. Melalui pembelian buku-buku ilmiah mahupun majalah-majalah tersebut kerajaan secara tidak langsung telah berusaha untuk memupuk sikap membaca dalam kalangan diri pelajar. Segala maklumat dan info terkini tidak akan diperolehi jika kita tidak berusaha untuk mencarinya. Pembacaan yang baik adalah pembacaan bahan-bahan ilmiah kerana ianya memberikan sumber maklumat yang tepat dan berguna kepada kita terutamanya para pelajar sekalian.
Memang tidak dinafikan, dengan teknologi canggih kini para pelajar boleh mengakses maklumat menggunakan internet sahaja. Namun, jika kita tidak berhati-hati semasa memilih maklumat yang disiarkan di laman sosial berkenaan maka maklumat yang bakal diperolehi itu boleh mengandungi penipuan. Sedihnya lagi, ada maklumat berkenaan juga berbaur hasutan dan fitnah.

Oleh yang demikian, jika kita memilih jurnal-jurnal ilmiah berunsurkan maklumat yang telah ditapis dan disahkan kebenarannya. Pelajar juga dapat membuka minda dan menambah pengetahuan pelajar mengenai kehidupan serta bukan hanya tertumpu kepada silibus pengajian. Bahkan, buku-buku ilmiah itu juga boleh dijadikan koleksi peribadi mahupun dikongsi bersama ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Adalah wajar bantuan kepada pelajar ini berbentuk baucer yang boleh ditebus untuk pembelian barang-barang keperluan pembelajaran sahaja. Ini adalah kerana, jika bantuan berkenaan berupa wang tunai, maka pelajar akan sewenang-wenangnya menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya. Contohnya, membelanjakan wang berkenaan untuk membeli pakaian, aksesori, gajet dan sebagainya.
Bahkan, kerajaan telah menetapkan hanya kedai-kedai buku yang terpilih sahaja yang layak menerima penenebusan baucer buku berkenaan. Hal ini untuk mengelakkan pelajar ditipu dan juga cuba untuk menyalahgunakan duit yang diberikan oleh kerajaan ke jalan yang salah. Walaupun hanya menerima RM250.00 namun ianya sudah cukup membantu kepada pelajar terutamanya kepada golongan pelajar yang tidak berkemampuan untuk memiliki buku rujukannya sendiri.
Oleh yang demikian, adalah tidak wajar bagi sesetengah individu mahupun pelajar yang sanggup menjual baucer berkenaan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Baucer buku berkenaan diberikan untuk meringankan bebanan pelajar terhadap kos pembiayaan pendidikan yang tinggi. Sepatutnya kita menghargai sokongan dan perhatian pihak kerajaan dalam membantu kita meningkatkan potensi diri yang mungkin tidak dapat diraisai oleh para pelajar di negara-negara lain.




No comments:

Post a Comment