Rokok Membahayakan Kesihatan (Perokok dan
Persekitaran)
Semua orang tahu merokok itu boleh membahayakan kesihatan. Tetapi pada
setiap tahun peratusan orang yang merokok sentiasa bertambah terutamanya di
kalangan remaja yang sedang menuju ke alam dewasa. Merokok sebenarnya
memburukkan imej perokok dan membahayakan kesihatan. Penyakit –penyakit yang
boleh di jangkiti oleh orang yang merokok ialah barah paru-paru, jangkitan
paru-paru dan saluran pernafasan dan sakit jantung.
Di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh seorang perokok ialah
pening-pening kepala, mudah letih apabila menaiki tangga dan mendaki bukit,
daya tahan, batuk, tiada selera makan, kekuningan pada gigi dan jari tangan dan
bernafas sentiasa berbau. Gejala buruk ini kalau dibiarkan akan merosakkan diri
perokok itu sendiri. Menyedari akibat buruk inilah maka kerajaan melalui
Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen berhenti merokok secara besar-besaran
pada setiap masa.
Oleh yang demikian berusahalah untuk berhenti dari merokok demi menjaga
kesihatan diri sendiri. Ia juga dapat menjamin wang yang mana boleh digunakan
untuk tujuan yang lebih berfaedah.
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
- Anak-anak
anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada
anda.
- Mengenangkan
mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
- Jagalah
mereka, sayangi mereka.
- Berikan
anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
- Pastikan
kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
- Berhentilah
meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
- Rokok
mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
- Kebiasaan
merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
- Nikotin
menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan
itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
- Kualiti
sperma anda akan terganggu.
- Kemampuan
menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
- Hubungan
seks adalah penting dalam kehidupan kita.
- Ia
membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
- Selamatkan
diri anda dari mati pucuk
- Jangan
biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
- Bertindak
bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang
suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan
keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan
tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.
Merokok Mengakibatkan Strok
- Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan
menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit
berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin
Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
- Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok
merosakkan saluran darah.
- Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit,
dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
- Strok
disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
- Sebahagian
badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
- Merokok
menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
- Kurangkan
risiko anda dengan berhenti merokok.
- Jangan
biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
- Bantulah
diri anda.
- Amalkan
cara hidup sihat.
- Jangan
merokok.
Berhenti Merokok
- Jangan
merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
- Lakukan
aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
- Hidup
akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
- Luahkannya
dengan cara positif.
- Bergiat
aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat
buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok
merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12%
kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan
merokok.
Sayangkan Jantung Anda
- Merokok
menambahkan risiko serangan sakit jantung.
- Kurangkan
risiko anda dengan berhenti merokok.
- Jangan
biarkan asap rokok membunuh anda.
- Jauhilah
diri dari asap rokok basi.
- Belajarlah
menyayangi jantung anda.
- Jangan
merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
- 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah
perokok.
- Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan
wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
- Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita
semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas
pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok
apabila meninggalkan bangku sekolah.
- 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang
tidak merokok.
- Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70
tahun.
- Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap
tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir
4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan
kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.
Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat
dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil
sekali.
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
- Setiap
sedutan membawa padah.
- Kenapa
harus meracuni diri?
- Jangan
biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
- Selamatkan
diri dari kanser paru-paru.
- Bertindak
bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda
pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita
akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu
apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda
akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda,
lakukanlah untuk anak-anak anda.
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan
kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di
mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
|
Sumber bahan kimia
|
Metanol
|
Bahan Api
|
Nitrobenzena
|
Gasolin
|
Karbon Monoksida
|
Asap kereta
|
Butana
|
Cecair pemetik api
|
Raksa
|
Logam dalam jangka suhu
|
Vinil Klorida
|
Bahan utama plastik
|
Toulena
|
Pelarut industri
|
Ammonia
|
Pencuci lantai
|
Arsenik
|
Racun tikus
|
Kadmium
|
Bahan utama bateri alkali
|
Stearik
|
Bahan utama dalam lilin
|
Sianida
|
Racun berbisa
|
~Sumber: infosihat.gov.my~
Tips Untuk Berhenti Merokok dari Kementerian Kesihatan
Sihat sepanjang hayat. Merokok
meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit
serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.
Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di
sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak
cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema
serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
- Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
- Mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
- Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati
lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir
5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
- Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok
mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan
kanser.
- Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang
berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit
paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut
adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
- Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak
merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan
berbanding dengan perokok
- Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada
orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di
sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan
asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
- Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga
dan anak-anak.
- Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan
yang sihat
- Meningkatkan deria bau dan rasa
- Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
- Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
- Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding
membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00
setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai
RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
- Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang
oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
- Meningkatkan kesuburan.
- Meningkatkan tahap 'kelakian'
Bagaimana hendak berhenti merokok?
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
- Tetapkan tarikh untuk berhenti
- Yakin diri
- Buatkan nota peringatan
- Katakan pada diri anda "saya bukan
perokok"
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Gunakan terapi penganti nikotin
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
Tip Berhenti Merokok 12 M :
- Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
- Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
- Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
- Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk
melupakan rokok
- Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok
- Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong
kepada merokok
- Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
- Membasuh tangan selalu
- Mandi dengan kerap
- Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
- Meditasi
- Memohon doa
- Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
No comments:
Post a Comment