Thursday 29 November 2012

PETUA: Anda GEMUK?? Jom KURUS untuk sihat!!!


Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi

TIPS CARA KURUS BADAN DENGAN CEPAT TANPA UBAT|KURUS BADAN DENGAN CARA MUDAH

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh sangat menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Tips Cara kurus badan ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR DALAM SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yg disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yg tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia boleh terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yg sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARY
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS BANDAN
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA!!!


Baucer Buku : Kalau sebelum ini pada Bajet 2013, kerajaan telah memberikan kepada pelajar IPT dan pelajar pra-universiti baucer buku 1 Malaysia sebanyak RM200. Mungkin Datuk Najib Razak merasakan tidak cukup. Oleh itu pemberian baucar buku tersebut ditambahbaik. Adakah anda juga bakal penerimanya?

Pemberian Baucer Buku RM250 1 Malaysia – Bajet 2013

Baucer 1 Malaysia RM250 Baucer Buku RM250 1 Malaysia : Khas Untuk Pelajar IPT & Pra Universiti !!
  • Nama Bantuan : Baucer Buku 1 Malaysia
  • Golongan Penerima : Setiap pelajar IPT dan pra-universiti (1.3 juta pelajar di seluruh negara)
  • Nilai Baucer Buku : RM250
  • Peruntukkan : RM325 juta
Oleh yang demikian, adalah wajar pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menghadkan pemberian baucer buku ini hanya kepada pelajar di IPTA sahaja.
Semua golongan pelajar di peringkat tinggi seperti di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ( IPTA), pelajar Pra-Universiti ; Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi berhak mendapatkan BB1M ini kerana tiadanya diskriminasi kerajaan terhadap pelajar. Pelajar adalah penting bagi memajukan masa depan negara agar terus berkembang dan utuh dengan adanya bakal-bakal pemimpin yang berwibawa dan kelahiran pekerja pakar yang bakal dilahirkan kelak daripada institusi pendidikan ini.


Bahkan, pelajar yang menjalani proses pembelajaran secara jarak jauh (PJJ) dan separuh masa juga berhak mendapatkan baucer buku ini walaupun mereka sudah bekerja dan mempunyai pendapatan. Hal ini kerana, kerajaan tidak mahu rakyatnya terutamanya para pelajar terasa terbeban dengan kos pendidikan yang tinggi terutamanya untuk membeli buku rujukan yang melambung harganya di pasaran.

Kita sedia maklum akan kos yang perlu ditanggung oleh ibubapa untuk melanjutkan pembelajaran anak-anak adalah sangat tinggi. Bebanan kos sara hidup di kampus termasuk yuran pengajian semester, kos pembelian buku dan alatan pembelajaran adalah sangat tinggi disamping kos-kos lain yang perlu dijelaskan setiap semester.
Dengan adanya BB1M ini, pelajar berpeluang untuk mendapatkan buku rujukan dan bahan ilmiah lain dengan percuma melalui penebusan BB1M tersebut. Bayangkan pelajar seperti saya yang melanjutkan pelajaran secara Pembelajaran Jarak Jauh ini juga kadang kalanya tidak mampu untuk membeli buku rujukan memandangkan harganya mahal di pasaran walaupun sudah mempunyai pendapatan sendiri. Kadangkala terpaksa membuat jituan perbelanjaan bulanan untuk membeli buku rujukan bagi sesuatu matapelajaran sepanjang semester tersebut. Maka dengan adanya pemberian seperti ini adalah sebagai satu bonus bagi saya dalam membantu kepada pembelian buku-buku ilmiah tersebut.

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang sering menggunakan masa terluangnya dengan membaca dan mencari seberapa banyak ilmu bagi membantunya dalam proses pembelajaran. Melalui pembelian buku-buku ilmiah mahupun majalah-majalah tersebut kerajaan secara tidak langsung telah berusaha untuk memupuk sikap membaca dalam kalangan diri pelajar. Segala maklumat dan info terkini tidak akan diperolehi jika kita tidak berusaha untuk mencarinya. Pembacaan yang baik adalah pembacaan bahan-bahan ilmiah kerana ianya memberikan sumber maklumat yang tepat dan berguna kepada kita terutamanya para pelajar sekalian.
Memang tidak dinafikan, dengan teknologi canggih kini para pelajar boleh mengakses maklumat menggunakan internet sahaja. Namun, jika kita tidak berhati-hati semasa memilih maklumat yang disiarkan di laman sosial berkenaan maka maklumat yang bakal diperolehi itu boleh mengandungi penipuan. Sedihnya lagi, ada maklumat berkenaan juga berbaur hasutan dan fitnah.

Oleh yang demikian, jika kita memilih jurnal-jurnal ilmiah berunsurkan maklumat yang telah ditapis dan disahkan kebenarannya. Pelajar juga dapat membuka minda dan menambah pengetahuan pelajar mengenai kehidupan serta bukan hanya tertumpu kepada silibus pengajian. Bahkan, buku-buku ilmiah itu juga boleh dijadikan koleksi peribadi mahupun dikongsi bersama ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Adalah wajar bantuan kepada pelajar ini berbentuk baucer yang boleh ditebus untuk pembelian barang-barang keperluan pembelajaran sahaja. Ini adalah kerana, jika bantuan berkenaan berupa wang tunai, maka pelajar akan sewenang-wenangnya menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya. Contohnya, membelanjakan wang berkenaan untuk membeli pakaian, aksesori, gajet dan sebagainya.
Bahkan, kerajaan telah menetapkan hanya kedai-kedai buku yang terpilih sahaja yang layak menerima penenebusan baucer buku berkenaan. Hal ini untuk mengelakkan pelajar ditipu dan juga cuba untuk menyalahgunakan duit yang diberikan oleh kerajaan ke jalan yang salah. Walaupun hanya menerima RM250.00 namun ianya sudah cukup membantu kepada pelajar terutamanya kepada golongan pelajar yang tidak berkemampuan untuk memiliki buku rujukannya sendiri.
Oleh yang demikian, adalah tidak wajar bagi sesetengah individu mahupun pelajar yang sanggup menjual baucer berkenaan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Baucer buku berkenaan diberikan untuk meringankan bebanan pelajar terhadap kos pembiayaan pendidikan yang tinggi. Sepatutnya kita menghargai sokongan dan perhatian pihak kerajaan dalam membantu kita meningkatkan potensi diri yang mungkin tidak dapat diraisai oleh para pelajar di negara-negara lain.




CATATAN PERISTIWA: Pengalaman Bersalin


Assalamualaikum semua..

Untuk pengetahuan semua, dah lama saya nak post entry ni.. selain ingin menyiapkan asgment ini dapat juga saya berkongsi pengalaman atau peristiwa tidak boleh saya lupakan… bila baca blog org lain cerita pengalaman masing-masing mcm excited nak tulis bila nak start menaip lansung tidak ade berminat.. Now baby Adam Ifwat dah berumur 1 tahun 9 bulan dan semakin cerdik, mungkin umur die da xlayak panggil “baby”…tapi bagi saya dan husband die la “baby” di hati kami!!!

Saya dan husband menaruh harapan yang besar untuk cahaya mata kami kali ini kerana sebelum ini saya telah gugur dikala kandungan beruisa 4bulan. Sedihnya tu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Oleh itu, saya dan husband mengambil keputusan untuk bersalin di Johor Specialist dengan Dr. Hafezt. Doktor Hafezt ni kalau kat Johor die la ketua Pakar sakit Puan(semua yer yang terbaik untuk anak kami). Setiap Bulan saya akan buat pemeriksaan di Johor Specialist sehingga kandungan berusia 9 bulan. Due date yang doc berikan 24/1/2011 dan kemungkinan besar saya akan bersalin awal seminggu disebabkan kandungan saya terlalu besar. Masa kandungan saya cecah 8 bulan, kebanyakkan orang tegur perut saya nampak besar dan ada yang mengatakan anak saya kembar. Pada 19/1/2011 saya betul-betul tak larat dan pasrah untuk serah diri ke hospital. Tapi atas nasihat Dr. Hafezt saya cuma diberi cuti rehat dan berehat di rumah atas sebab tiada tanda-tanda untuk bersalin. Nasib baik masa itu saya duduk bersama keluarga husband. So, ada la orang yang boleh tengok-tengok kan saya. Setiap hari saya pujuk baby dalam perut untuk keluar cepat sebab mama die betul dah tak larat. Saya pon tak tahu kenapa kandungan saya ini jadikan kaki saya bengkak dari usia kandungan 5bulan lagi. Sejak itu saya terpaksa solat duduk sebab kaki saya tak boleh bengkok disebabkan telalu bengkak + tegang!!

Pada 24/1/2011 Jam 7.30pg
Lepas solat subuh saya berdoa agar dipermudahkan segala urusan sebab hari ini kalau tidak ada tanda bersalin pun doc akan tahan wad. Saya pun mula mengemas serba sedikit kain baju (extra) yang ingin dibawa ke hospital. Masa tengah mengemas tiba-tiba rasa semacam ja habis basah atas katil terus bangun ke toilet. Masa ke toilet air turun tak berhenti-henti dan saya dah suspek ni mesti tanda nak bersalin. Waktu tu saya terus jadi panic maklumlah ini pengalaman pertama. Saya panggil suami untuk berikan kain dan tuala wanita disebabkan air ketuban xberhenti2 keluar. Bukan saya sorang saja yang panic, husband lagi lah panic semacam.

Jam 8.30pg
Saya dan husband bergerak ke Johor Specialist. Suami saya seorang yang tenang hari ni jadi seorang yang kelam kabut dan tidak tentu arah. Kereta Myvi yang dipandu seolah-olah bertukar menjadi Ferari pecut ke hospital bila mendengar saya mengerang sakit (construction) yang sudah mula terasa 15 minit sekali.  Sebelum sampai ke hospital suami sempat berhenti di restoran mamak untuk membeli telur separuh masak dan air milo untuk dapatkan tenaga nanti (atas nasihat mak di kampung).


Jam 9.15pg
Selamat sampai di Johor Specialist Hospital, saya terus dimasukkan ke labour room dan diperiksa dengan nurse KPJ. Nurse cume beritahu laluan untuk bersalin baru buka 3cm. Mungkin tidak lama lagi laluan akan buka. Disebabkan terlalu rasa berdebar, suami menasihatkan untuk banyak-banyak beristigfar dan baca ayat Kursi and Doa Nabi Yunus permudahkan bersalin.


Jam 10.30pg
Waktu doctor melawat dan memeriksa pesakit. Dr. Hafezt hanya memberitahu laluan hanya buka 5cm. Waktu itu rasa construction semakin kerap dan doc telah memberi pilihan untuk dapatkan epidural tetapi saya menolak kerana takut ada side effect dan ingin merasa nikmat bersalin tanpa suntikan epidural.

Jam 2.30ptg
Oleh kerana da masuk labour room saya da tak bolah makan. Dari padi tadi hanya berbekalkan 2 biji telur separuh masak dan air milo sahaja. Laluan bersalin dari pagi tadi tidak berganjak hanya 5cm. Hati saya mula resah dan rasa sakit tidak terkata menyebabkan badan saya semakin lemah. Tetapi semangat saya kembali pulih selepas mak dan abah dari kampong datang. Pertama kali saya melihat air mata abah mengalir melihat anak bongsu dia kesakitan untuk melahirkan zuriat.

Jam 5.30ptg
Waktu melawat dan pemeriksaan doctor untuk kali ke-2. Dr. Hafezt hanya mengelengkan kepala dan berkata pada saya laluan saya masih 5cm dan sekiranya 3 jam tiada tanda bayi ingin keluar pihak hospital perlu menjalankan pembedahan. Masa itu, gelap pandangan saya dan hanya mampu berdoa sekiranya itu jalan terbaik saya redha dengan ketentuan Ilahi.

Jam 8.30mlm
Laluan bersalin masih 5cm dan mengikut kata doctor pembedahan perlu dijalankan atas sebab bimbang baby didalam kandungan lemas (air ketuban dah keluar lebih 12jam). Saya hanya berserah padaNya. Waktu itu, terserlah kerisauan dimuka suami dan kedua ibu bapa saya. Mereka memberi semangat kepada saya sebelum masuk ke wad pembedahan. Lebih kurang jam 9.15 pagi saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4.53kg!!! Walaupun waktu pembedahan dibuat saya dibius separuh badan, saya dengar Dr. Hafezt dan pakar bayi dan bius terkejut semasa bayi saya keluar “wow!! Big baby!!!”. Masa Dr. Hafezt menunjukkan baby boy pada saya, saya pon hamper terkejut saiz anak saya seperti bayi yang berusia 1bulan lebih. Walau apa pon bila melihat wajah anak pertama saya yang diberi nama ADAM IFWAT BIN NUBAILI hilang segala rasa sakit dan terasa berbaloi segala usaha dan pergorbanan kami suami isteri selama ini. Terima kasih Ya-Allah kerana mengurniakan seorang anak lelaki yang sihat, sempurna dan cerdik. Alhamdulillah.

 Kesakitan yang ditanggung untuk mendapatkan zuriat

 Tag nama...

 Anak kami, permata hati kami ADAM IFWAT NUBAILI

Somaga Adam Ifwat menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat!!!

CATATAN PENGEMBARAAN: Perjalananku mengerjakan UMRAH~~




Alhamdulillah setelah menziarahi kota suci Madinah, rombongan jemaah bergerak dengan bas dari hotel menuju ke Bir Ali untuk miqat umrah disitu sebelum bertolak ke Mekah pada lebih kurang pukul 3.00 pm hari Sabtu 4 Jun 2011. Jauh Mekah dari Madinah lebih kurang 400 km dan perjalanan memakan masa beberapa jam juga.Alhamdulillah dengan izin Allah, segalanya berjalan lancar dan dalam perjalanan berhenti solat jamak maghrib dan isya di sebuah tempat untuk berhenti rehat dan solat. Cuma apa yang diperhatikan tempat kemudahan solat di sini agak kecil dan tandas pula kekurangan air. Maka terpaksa menunggu giliran agak lama juga untuk solat kerana beberapa buah bas lain yang sama tujuan pun berhenti disini. Maka ramai juga orang lain berhenti juga disini untuk solat......Kesabaran menanti giliran masing-masing sangat-sangat diperlukan.

Oleh kerana sudah berada dalam ihram, maka pantang larang ihram juga harus di jaga. Namun ada juga jemaah terutamanya wanita yang kurang menjaga auratnya walaupun dalam ihram........mungkin sudah terbiasa berbuat sedemikian sewaktu keadaan biasa. Sedangkan masalah aurat ini bukanlah hanya perlu dijaga dengan teliti semasa ihram....bahkan pada setiap masa dan ketika, lebih lebih bagi kaum wanita. Mendedahkan aurat ini hukumnya haram tak kiralah masa ihram atau tidak!!


Suasana malam di Masjidil Haram
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10.30 pm bas pun sampai ke Hotel penginapan di kota suci Mekah yang mana hotel ini terletak tidak berapa jauh dari Masjidil Haram lebih kurang 10 minit perjalanan sahaja. Dari tingkap bilk hotel sudah dapat melihat menara Masjid yang tinggi itu. Setelah mengangkat beg dan makan malam, maka rombongan kami pergi bersama-sama ke Masjidil Haram melakukan umrah pertama di Mekah.

Kami bertalbiyah dan penuh khusyuk bergerak ke Masjidil Haram di bawa oleh Mutawif umrah kami.
Kami memasuki pintu 79 iaitu Babul Al Malik Fahd dengan bacaan doa memasuki masjid. Berdebarnya hati ku dapat menjejak masuk ke Masjidil Haram kali ini, insyaAllah setelah sekian lama akhirnya pada kali kedua ini aku dapat memasuki semula ke masjid ini sebagai tetamu Allah lagi....Syukur ya Allah aku datang semula dengan izinMu! Tiada kata yang dapat ku ucapkan apabila melihat rumah Mu melainkan....Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar .....Walillahilhamd....!!

MasyaAllah, ramai juga manusia sedang bertawaf, maka aku dan suami melangkah kaki menuju Hajarul Aswad untuk memulakan tawaf umrah. Laungan zikir, tasbih, tahmid berkumandang.....bersahut-sahutan tanpa hentinya dari jemaah manusia yang tawaf. Sebaknya hati dan bercucurannya airmata mengelilingi Kaabah ini, berdoa dan berzikir tanpa henti-henti memohon ampunan dosa.....sehingga akhirnya dapat menyelesaikan tawaf lebih kurang sejam juga. Berhampiran Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim selalunya terpaksa bersesak-sesak disini......perjalanan agak lambat kerana manusia yang ramai ...! Melihat keadaan begini aku terfikir, berpeluangkah aku untuk mengucup Hajarul Aswad?

Setelah berdoa di depan Multazam, solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim serta solat sunat di belakang Hijr Ismail, kami pun meminum air zam-zam dan berdoa dan menuju ke Bukit Safa untuk memulakan Sai Umrah. Kakiku sudah keletihan, lututku semakin sakit dan badan penat kerana perjalanan jauh tadi dari Madinah....namun ku berdoa semoga Allah memberikan kekuatan hati untuk meneruskan sai ini, insyaAllah!

Alhamdulillah, dengan melangkah perlahan-lahan, suamiku mengiringiku sama-sama membaca doa di setiap perjalanan sai.....insyallah setelah hampir dua jam barulah selesai sai tadi pada pukul 2.30 am, hampir tiga jam sejak bermula tawaf tadi. Alhamdulillah, selesailah ibadah umrah ini.....mudah-mudahan dengan setiap langkah yang diayun semasa tawaf dan sai, Allah akan mengampunkan segala dosa yang banyak ini, menghapuskan segala kesalahan dang menggantikannya dengan kebaikan, insyallah. Itulah yang di harapkan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah ini......setiap detik dan masa memanjatkan doa, berzikir, mohon ampun dari Mu Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih!

Ku perhatikan dalam mengerjakan ibadah ini, kekuatan semangat melebihi kekuatan fizikal. Ku lihat orang tua yang tidak bermaya dipimpin anaknya menapak perlahan-lahan mengerjakan sai, dan selesai sai, si anak mengucup dahi bapanya yang terbaring keletihan memberikan semangat. Ada juga yang mengendong anak kecil semasa sai dan tawaf. Sewaktu kami selesai tawaf umrah kelima pada waktu tengahari yang panas, ku lihat seorang lelaki tua yang capik kakinya yang berjalan perlahan, selangkah kita bersamaan tiga langkahnya, selesai tawaf dengan peluh membasahi kain ihramnya......Terharunya hati kami melihatnya, suamiku bangun dan memeluk dan mengucup lelaki tua tersebut......!! Allahu Akbar....begitulah tingginya semangat ibadah manusia pada Allah, tak kira panas macam mana pun, pasti ada manusia yang tawaf mengelilingi Kaabah.

Aku terfikir untuk mencuba tawaf pada waktu tengahari yang panas suhunya ketika itu iaitu 42 C, kerana selalunya orang tidak ramai pada waktu itu. Pada awalnya ku ingat bahangnya sama macam diluar Masjidil Haram, tapi masyaAllah...... semasa tawaf tidak ku rasakan bahang kepanasan seperti diluar masjid, malah dapat dihabiskan tawaf dalam masa setengah jam sahaja ! Lantai marmar tempat bersujud itu tidak sepanas seperti yang di sangkakan! Walaupun peluh menitik membasahi tubuh, namun ada angin yang bertiup yang menyejukkan diri. Itulah rasanya rahmat Allah yang diberikan, pada mereka yang bertawaf...........Wallahualam.

Namun aku agak terkejut dengan adanya orang mengambil upah untuk membantu jemaah mengucup Hajarul Aswad. Pada umrah ketiga yang kami buat , apabila hampir selesai tawaf pusingan ke 7, aku didatangi seorang wanita berbahasa Indonesia yang bertanya" Ibu mau kucup Hajarul Aswad tak, boleh di bantuin?"

Sememangnya sepanjang tawaf, aku berdoa agar dapat mengucup Hajarul Aswad, menyentuh dan berpaut di Kaabah dan berdoa di Mutazam dan solat serta doa dalam Hijir Ismail. Aku hanya menganggukkan kepalaku kerana memang itu niat ku tadi. Wanita tadi bersama 3 orang lagi rupanya berpakat membantu kami untuk mengucup hajarul aswad , menjadi benteng agar aku dan suami tidak di himpit semasa mencium hajarul aswad. Sukarnya memasukkan kepala kedalam ruang Hajarul Aswad di letakkan kerana ramainya orang berebut-rebut, tapi akhir dapat mencium sedikit sahaja......Mujurlah tidak tercium apa-apa bauan....
Setelah selesai, wanita tadi mengikuti kami keluar......dan dia minta hadiah diatas apa yang dilakukan. Aku terkejut kerana tidak tahu menahu pasal ini....nak tolong pun minta hadiah? Aku nyatakan kami tidak bawa banyak wang untuk umrah ini, dan sebolehnya tolong sahaja ikhlas kerana Allah bukannya minta duit untuk itu! Kalau minta duit...tidak ikhlas dan tidak dapat apa-apa ganjaran disisi Allah. Akhirnya aku hanya menyumbangkan wang sedikit wang sahaja sebagai hadiah penat lelahnya bukannya 400 Riyal sebagaimana yang diminta!! MasyaAllah, dalam melakukan ibadahpun ambil kesempatan cari duit! Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya kepada orang sedemikian yang sudah tersasar dari matlamat asal ibadah kepada Allah!

Seperkara lagi yang ku perhatikan semasa sai dan tawaf ada juga jemaah menjawab dan bercakap dengan telefon...sepatutnya khusyuk beribadah umpama dalam solat , tiada lain yang kita ucapkan kecuali, zikir, zikir , doa dan sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa kita! Dan perbuatan tadi iaitu percakapan dan deringan telefon menganggu konsentrasi orang lain!! Begitu juga semasa menunggu waktu solat fardhu...Sepatutnya masa menunggu digunakan untuk baca Quran , berzikir ataupun solat sunat, bukannya bercakap dengan telefon atau bersembang- sembang sahaja.

Aktiviti sedemikian sepatutnya diminimakan bila berada di masjid. Kita beriktikaf didalamnya, jadi biarlah apa yang kita buat itu jadi ibadah yang sebenarnya yang diterima Allah sebagai amal soleh. Melakukan solat di Masjidil Haram pahalanya adalah 100,000 kali ganda lebihnya dari solat di masjid lain. Ruginya kita jika kita membuang kesempatan sebegini.......!!

Kurasakan dalam melakukan ibadah apa pun, keikhlasan hati kerana Allah, kekhusyukan melakukannya dan mengikut syariat yang telah ditetapkan adalah perlu kita ambil berat agar ibadah kita Allah terima dan tidak sia-sia di sisi Allah. Kualiti ibadah yang dibuat perlu dijaga bukan hanya mengejar kuantiti sahaja......dan buat lah sesuatu itu berdasarkan kemampuan diri, insyallah.

Setiap langkah yang di ayun, setiap zikir dan tasbih serta doa yang dipanjatkan perlulah datangnya dari hati yang ikhlas yang merasai hakikat hubungan hati dengan Allah SWT. Merasai kebesaran dan keagungan Allah pada setiap laungan takbir yang di ucapkan.....merasakan kekerdilan dan kehinaan diri apabila kita bersujud di hadapan rumah Allah.....lantas menitiskan air mata betapa kita ini, banyaknya tidak mensyukuri nikmatNya, banyaknya hak Allah yang tidak tertunaikan, banyaknya dosa yang kita buat, seringnya kita melupakan Allah dalam melayari kehidupan ini, sibuknya kita dengan dunia dan kurangnya kita dengan akhirat kita, banyaknya tanggungjawab yang masih belum tertunai............aduh panjangnya senarai tidak mampu dituliskan...........!!

Memang sepatutnya kita perlu meminta ampunan dosa dari Allah banyak-banyak semasa melakukan ibadah umrah atau haji yang merupakan kemuncak ibadah kita pada Allah yang memerlukan banyak pengorbanan dari kita dari semua aspek!! Bukannya hanya datang dengan niat nak memohon hajat yang terbuku di hati agar di tunaikan.......sebagai sampingan , insyaAllah tidaklah salah tapi bukannya matlamat utama!

Yang lebih utamanya, setelah melakukan ibadah ini mudah-mudahan tertingkatnya iman dan takwa, terhapusnya dosa, dan dapat memberikan sumbangan lebih untuk maslahah islam dan ummah, insyaAllah.
Segala yang buruk dalam diri dapat ditinggalkan dan dihiasi dengan akhlak yang mulia, insyaAllah!

Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan hati dan kemampuan diri untuk berubah menjadi yang lebih baik......semua itu sebenarnya bukanlah boleh datang sekelip mata dan berubah dengan drastik....tetapi perlu diproses jiwa dengan proses keimanan yang berterusan dan istiqamah. Mohon taufik dan hidayah dariNya jua agar sentiasa berada di atas jalanNya yang lurus!! Kita ini hanya manusia yang lemah yang sangat-sangat memerlukan bantuan dan bimbingan Allah dalam segenap langkah kehidupan ini.......

Amin Ya Rabbal Alamin......


Sunday 25 November 2012

ARTIKEL : Rokok Membahayakan Kesihatan


Rokok Membahayakan Kesihatan (Perokok dan Persekitaran)

Semua orang tahu merokok itu boleh membahayakan kesihatan. Tetapi pada setiap tahun peratusan orang yang merokok sentiasa bertambah terutamanya di kalangan remaja yang sedang menuju ke alam dewasa. Merokok sebenarnya memburukkan imej perokok dan membahayakan kesihatan. Penyakit –penyakit yang boleh di jangkiti oleh orang yang merokok ialah barah paru-paru, jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan dan sakit jantung.

Di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh seorang perokok ialah pening-pening kepala, mudah letih apabila menaiki tangga dan mendaki bukit, daya tahan, batuk, tiada selera makan, kekuningan pada gigi dan jari tangan dan bernafas sentiasa berbau. Gejala buruk ini kalau dibiarkan akan merosakkan diri perokok itu sendiri. Menyedari akibat buruk inilah maka kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen berhenti merokok secara besar-besaran pada setiap masa.

Oleh yang demikian berusahalah untuk berhenti dari merokok demi menjaga kesihatan diri sendiri. Ia juga dapat menjamin wang yang mana boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak

  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu

  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok

  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

 

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok

  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.

Berhenti Merokok

  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda

  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol
Bahan Api
Nitrobenzena
Gasolin
Karbon Monoksida
Asap kereta
Butana
Cecair pemetik api
Raksa
Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida
Bahan utama plastik
Toulena
Pelarut industri
Ammonia
Pencuci lantai
Arsenik
Racun tikus
Kadmium
Bahan utama bateri alkali
Stearik
Bahan utama dalam lilin
Sianida
Racun berbisa

~Sumber: infosihat.gov.my~

 
Tips Untuk Berhenti Merokok dari Kementerian Kesihatan

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?



Merokok memberi keburukan kepada semua orang.  Ia tidak memberi kebaikan kerana:
  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?



Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

  1. Melengah-lengahkan
    • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang
    • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air
    • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri
    • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri
    • Daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diri
    • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatu
    • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  8. Membasuh tangan selalu
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot
    • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. Meditasi
  12. Memohon doa
    • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha