Mesti ramai di antara anda yang
berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda
ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk
merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa.
Anda pasti boleh!
Kalau anda beriya-iya nak
kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan
menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten.
Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi
TIPS CARA KURUS BADAN DENGAN
CEPAT TANPA UBAT|KURUS BADAN DENGAN CARA MUDAH
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan
bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan
terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh sangat menjadi rendah. Bila anda tidak
tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa
ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal,
tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar
kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT
SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa
saat sebelum makan. Tips Cara kurus badan ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid
HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan
ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR DALAM SEHARI
Air mengurangkan selera makan
anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam
tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak
akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG
BERGAS
Minuman bergas biasanya
mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi
menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan
anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yg disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat
badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yg tidak
mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia boleh terjadi? Sarapan pagi menstabilkan
hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk
membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan
perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN
LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan
lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan
kuantiti yg sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti
yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan
snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah.
Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan
marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais
anda.
12. Apabila makan di restoran
atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam
menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran
adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang
rendah.
14. Jangan timbang berat badan
anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum
banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin
anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan. Bijirin penuh adalah sumber utama
tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks,
protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARY
Simpan satu diari makanan boleh
berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari,
berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka
kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan
kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda
kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan
lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan
rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS BANDAN
Ramai orang lebih berjaya dalam
penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif
mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran
anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh
badan.
19. Cara memasak paling baik
untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau
mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan
, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk
memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika
ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di
meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab,
makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang
makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu
menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda
berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu
saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja
terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita ,
yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan
sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai
buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali
jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut ,
gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat
dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin
boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang
memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula
kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal
yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut
yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke
tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian
sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan
menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan,
sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat
melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh
perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan
merampingkan peha."